Saturday, March 5, 2011

Minta simpang

5 mac 2011(sabtu) : ari ni aku kosong, minda memikir perkara semalam yang kosong bagiku. hampar, hambar, sedih. tapi itu semua tidak terkata dek hati yang pilu tanpa arah, hanya aku sahaja yang tahu betapa sakit hati ini.Tetapi aku ingin menulis walaupun aku tidak pandai menulis. Biarlah ayat yang digunakan tidak menepati syarat-syarat untuk menulis, bahasa yang digunakan tidak seindah bahasa dalam novel. Tapi aku berkeinginan untuk menulis. Siapa kamu(attitude) untuk menghalang aku kecuali Allah.

Bermula kisah, Sukar nak dikata apabila selalu berkata pada orang tetapi bila terkena pada batang hidung terasa nak down, futur pun ade. tapi siapa aku untuk mengatakan tidak padaNYA kerana aku hanya seorang hamba yang lemah apabila bermain dengan emosi dan hati.Sesak jika diberi banyak pilihan dalam satu masa. kadang-kadang fikir, peduli apa aku!. Tapi bila memikirkan benda itu aku yang nak, jadi aku kene tempa juga. Sangat sakit apabila semua keadaan berada dalam keadaan tersepit. Tersepit dengan assaigmentnya, dengan testnya, bermain pulak dengan perasaan orang lain. aduss, boleh pitam aku dibuatnya. semua itu berpunca dari HATI!.Aku suka untuk ambil ayat 216 surah albaqarah :


maksudnya:
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Sebagai hambaNYA, aku suka mengambil ayat ini sebagai penenang jiwa dan kata-kata semangat selain zikir dan sahabat, kerana memang Allah yang mengenali hambanya dengan lebih dalam. susungguhnya setiap ujian yang Allah berikan, itu tanda DIA sayang pada kita. sekadar cerita hati untuk ditenangkan.

MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH
MUJAHIDAH ISLAM

No comments:

Post a Comment