Saturday, March 19, 2011

I'brah dari zoo as a volunteer

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah aku bisa menulis lagi. Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman yang aku dapat sebagai volunteer di zoO negara untuk membersihkan kandang/taman binatang.Ade kaitan ker ngan aku punya course?? Jawab : ADEE...  Aku suka untuk menyatakan bahawa konsep dakwah itu luas walhal secara khususnya konsep dakwah sebenar adalah 'amar ma'ruf nahi munkar' tapi kita boleh lihat dari sudut pandangan yang jauh walaupun dengan haiwan. Ya, beranikah anda dengan haiwan?? ular? tikus besar? landak? puma? dubuk? macam-macam lagi, terasa ingin menyentuhnya? usapnya? peluknya? nak sentuh pun kita takut apalagi nak pegang. haha.. Dakwah bukan pada manusia sahaja tapi pada semua kerana dakwah itu luas. Satu pengalaman nak kongsi ngan sahabat, semasa beri ikan makan roti di kolam, berpusu-pusu ikan merebutnya sehingga menarik perhatian ramai orang. kemudian ade beberapa orang yang minta roti tu nak bagi ikan makan juga, let's try je. Cuba bayangkan, kita nak sampaikan dakwah dan berpusu-pusu orang nak rebut dakwah itu dan nak sampaikan juga pada orang lain. Alangkah bahagianya hidup sebab usaha kita nak dakwah/islah kat orang dan orang suka. Dari situ kita boleh tahu adakah kita sudah bersedia untuk berdakwah di lapangan sebenar iaitu lapangan masyarakat. Kita boleh lihat betapa lemah kita dalam berkomunikasi dengan orang awam dan bertoleransi dengan masyarakat berlainan agama. Aku suka untuk relate cara kita ni jika kita boleh buat seperti ayat Allah ini : 

  
maksudnya : "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim(yang berserah diri)".

Satu lagi pengalaman, tadi berkaitan ngan binatang tapi yang ni berkaitan ngan manusia. Situasi ni dalam bas, ade lak member ngada-ngada duk sebelah menyebelah laki-pompuan. ish, depa ni belajaq tinggi dah tapi aplikasi xde. amik course dakwah lak tu tapi tunjuk perangai macam budak darjah satu tak tau malu main2 sama laki pompuan(zaman aku kecik-kecik dulu).Tapi xde sape pun yang tegur termasuk aku.Ya Allah! lemahnya iman hambamu ini. aku hanya mampu berdoa supaya mereka sedar apa yang mereka lakukan adalah dilarang oleh-MU. Bab Melarang Kemungkaran Itu Sebahagian Dari Iman – Iman Akan Bertambah Dan Berkurang – Menyuruh Berbuat Baik Dan Melarang Dari Kemungkaran Kedua-duanya Merupakan Suatu Kewajipan. 


maksudnya : "Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung".

Rasulullah s.a.w. :

"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."  (Hadis Riwayat Muslim)

Mahukah kita hanya "selemah-lemah iman" padahal apabila bercakap kita bukan main hebat. Pom pang pom pang.. Ini betul ini salah. Macam ini macam itu. Salah itu salah ini, begini caranya tapi apabila di depan mata ada 'couple' sedang berpelukan, kita hanya diam seribu. Maka kita "selemah-lemah iman" itu tandanya apa kita cakap habuk pun tiada dan itu tandanya iman kita masih sangat lemah.


 MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH
MUJAHIDAH ISLAM

No comments:

Post a Comment