Saturday, April 16, 2011

Saturday, March 26, 2011

Pemimpin yang kita PERLU

Assalamualaikum wbh. Moga kita semua sentiasa dalam rahmatNYA, itqan & istiqamah dlm segala jenis lapangan gerak kerja Da'wah.

Alhamdulillah, Saya Ade sedikit perkongsian untuk kita bersama menilai siapakah yang perlu kita pilih untuk memimpin negara dan rakyatnya.

..:: 3 Golongan pemimpin menurut pandangan Ibn Khaldun::..   

i) al-malik at-tabii' - pemimpin yg hanya berpandukan akal & nafsu                                 
- pemimpin jenis ini merupakan gol yg merosakkan apa yang mereka pimpin di kalangan rakyatnya dan sistem itu sendiri.Contohnye, rasuah yg berleluasa dlm pemerintahan.

ii) al-malik as-siyasi - pemimpin yg hanya berteraskan ideologi ciptaan manusia,"isme" sprti  HEDONISME, SECULARISME, CAPITALISME.
- membawa unsur2 hedonisme tnpa membenterasnya.

iii) al-malik ad-diin - pemimpin yg membawa kpd syariat Allah & tegakkan agamaNYA.
                            
Pemimpin bagaimanakah yg kita mahukan dan ikuti contth kepimpinannya?. ANDA LEBIH TAHU. =)

MENGORAK LANGKAH MAMINPIN UMMAH
MUJAHIDAH ISLAM

Saturday, March 19, 2011

I'brah dari zoo as a volunteer

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah aku bisa menulis lagi. Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman yang aku dapat sebagai volunteer di zoO negara untuk membersihkan kandang/taman binatang.Ade kaitan ker ngan aku punya course?? Jawab : ADEE...  Aku suka untuk menyatakan bahawa konsep dakwah itu luas walhal secara khususnya konsep dakwah sebenar adalah 'amar ma'ruf nahi munkar' tapi kita boleh lihat dari sudut pandangan yang jauh walaupun dengan haiwan. Ya, beranikah anda dengan haiwan?? ular? tikus besar? landak? puma? dubuk? macam-macam lagi, terasa ingin menyentuhnya? usapnya? peluknya? nak sentuh pun kita takut apalagi nak pegang. haha.. Dakwah bukan pada manusia sahaja tapi pada semua kerana dakwah itu luas. Satu pengalaman nak kongsi ngan sahabat, semasa beri ikan makan roti di kolam, berpusu-pusu ikan merebutnya sehingga menarik perhatian ramai orang. kemudian ade beberapa orang yang minta roti tu nak bagi ikan makan juga, let's try je. Cuba bayangkan, kita nak sampaikan dakwah dan berpusu-pusu orang nak rebut dakwah itu dan nak sampaikan juga pada orang lain. Alangkah bahagianya hidup sebab usaha kita nak dakwah/islah kat orang dan orang suka. Dari situ kita boleh tahu adakah kita sudah bersedia untuk berdakwah di lapangan sebenar iaitu lapangan masyarakat. Kita boleh lihat betapa lemah kita dalam berkomunikasi dengan orang awam dan bertoleransi dengan masyarakat berlainan agama. Aku suka untuk relate cara kita ni jika kita boleh buat seperti ayat Allah ini : 

  
maksudnya : "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim(yang berserah diri)".

Satu lagi pengalaman, tadi berkaitan ngan binatang tapi yang ni berkaitan ngan manusia. Situasi ni dalam bas, ade lak member ngada-ngada duk sebelah menyebelah laki-pompuan. ish, depa ni belajaq tinggi dah tapi aplikasi xde. amik course dakwah lak tu tapi tunjuk perangai macam budak darjah satu tak tau malu main2 sama laki pompuan(zaman aku kecik-kecik dulu).Tapi xde sape pun yang tegur termasuk aku.Ya Allah! lemahnya iman hambamu ini. aku hanya mampu berdoa supaya mereka sedar apa yang mereka lakukan adalah dilarang oleh-MU. Bab Melarang Kemungkaran Itu Sebahagian Dari Iman – Iman Akan Bertambah Dan Berkurang – Menyuruh Berbuat Baik Dan Melarang Dari Kemungkaran Kedua-duanya Merupakan Suatu Kewajipan. 


maksudnya : "Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung".

Rasulullah s.a.w. :

"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."  (Hadis Riwayat Muslim)

Mahukah kita hanya "selemah-lemah iman" padahal apabila bercakap kita bukan main hebat. Pom pang pom pang.. Ini betul ini salah. Macam ini macam itu. Salah itu salah ini, begini caranya tapi apabila di depan mata ada 'couple' sedang berpelukan, kita hanya diam seribu. Maka kita "selemah-lemah iman" itu tandanya apa kita cakap habuk pun tiada dan itu tandanya iman kita masih sangat lemah.


 MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH
MUJAHIDAH ISLAM

Saturday, March 5, 2011

Minta simpang

5 mac 2011(sabtu) : ari ni aku kosong, minda memikir perkara semalam yang kosong bagiku. hampar, hambar, sedih. tapi itu semua tidak terkata dek hati yang pilu tanpa arah, hanya aku sahaja yang tahu betapa sakit hati ini.Tetapi aku ingin menulis walaupun aku tidak pandai menulis. Biarlah ayat yang digunakan tidak menepati syarat-syarat untuk menulis, bahasa yang digunakan tidak seindah bahasa dalam novel. Tapi aku berkeinginan untuk menulis. Siapa kamu(attitude) untuk menghalang aku kecuali Allah.

Bermula kisah, Sukar nak dikata apabila selalu berkata pada orang tetapi bila terkena pada batang hidung terasa nak down, futur pun ade. tapi siapa aku untuk mengatakan tidak padaNYA kerana aku hanya seorang hamba yang lemah apabila bermain dengan emosi dan hati.Sesak jika diberi banyak pilihan dalam satu masa. kadang-kadang fikir, peduli apa aku!. Tapi bila memikirkan benda itu aku yang nak, jadi aku kene tempa juga. Sangat sakit apabila semua keadaan berada dalam keadaan tersepit. Tersepit dengan assaigmentnya, dengan testnya, bermain pulak dengan perasaan orang lain. aduss, boleh pitam aku dibuatnya. semua itu berpunca dari HATI!.Aku suka untuk ambil ayat 216 surah albaqarah :


maksudnya:
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Sebagai hambaNYA, aku suka mengambil ayat ini sebagai penenang jiwa dan kata-kata semangat selain zikir dan sahabat, kerana memang Allah yang mengenali hambanya dengan lebih dalam. susungguhnya setiap ujian yang Allah berikan, itu tanda DIA sayang pada kita. sekadar cerita hati untuk ditenangkan.

MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH
MUJAHIDAH ISLAM

Thursday, February 10, 2011

Thursday, January 20, 2011

Janji Tuhan Pasti Berlaku

Artist : Shoutul Amal
Title : Janji Tuhan Pasti Berlaku

Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tipa sanubari
Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya

Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi

Telah lama dinantikan 
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia 
Syurga Tuhan kekal selamanya

Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya

Telah lama dinantikan 
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia 
Syurga Tuhan kekal selamanya

Pada tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara



MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH
MUJAHIDAH ISLAM

Thursday, January 6, 2011

Peringatan untuk Diriku

Assalamualaikum w.t.b

Bagaimana anda sekalian? dah solat? solat sunat?? xkan solat solat fardhu je.. Saya nak share suatu yang mudah tapi xsemua kita amalkan..

Antara Pesanan Dan Peringatan Rasulullah s.a.w

Rasulullah pernah berpesan kepada Saidina Ali Karamalluwajhah dengan sabdanya : "Wahai Ali, janganlah anda tidur kecuali setelah menunaikan atau melakukan lima perkara. Saidina Ali lantas bertanya :"Apakah lima perkara itu wahai Rasulullah s.a.w? Jawab Baginda :
  1. Membaca Al-Quran seluruhnya.
  2. Bersedekah sebanyak empat ribu dirham.
  3. Menziarahi Baitullah al-Haram.
  4. Memelihara/ menjaga tempat anda di syurga.
  5. Meredhai musuh anda.
Saidina Ali bertanya lagi : "Bagaimana mungkin saya melakukan semua itu wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah s.a.w :
  1. Apabila anda membaca قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (surah al-Ikhlas) sebanyak tiga(3) kali = sama pahalanya anda membaca al-quran seluruhnya.
  2. Apabila anda membaca surah al-Fatihah empat(4) kali = sama pahalanya anda bersedekah sebanyak empat ribu dirham.
  3. Apabila anda membaca
    لا إله إلا الله وحده لا شريك له, يحي ويميت وهو على كل شئ قدير
     sebanyak sepuluh(10) kali = sama pahalanya menziarahi Baitullah al-Haram.
  4. Apabila anda membaca
    لا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم
    sebanyak sepuluh(10) kali = anda menjaga/ memelihara tempat anda di syurga.
  5. Apabila anda membaca
    أستغفر الله العظيم لى ولولدي ولأصحاب  الحقوق علي من المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات
    maka sesungguhnya anda meredhai musuh anda."
Firman Allah Taala :

Maksudnya :
"Barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan menjadikannya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari punca yang tidak diketahuinya dan barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkannya(keperluannya)"



MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH
MUJAHIDAH ISLAM