Wednesday, September 8, 2010

Raya+raya+raya....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Khamis, 9/9/2010, 7:30 a.m, waktu itu saya sedang menonton rancangan "Tanyalah Ustaz" di TV9 Dekat DiHati. Cantik trademark yang digunakan oleh TV9. Disini saya ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat tentang perkara-perkara sunat di bulan syawal. Saya fikir ini adalah  untuk keuntungan kita umat islam bersama bukan untuk saya seorang sahaja. Sama-sama dapat kelebihan dan makhfirah di bulan syawal, beraya tetap beraya tetapi ade benda disebalik syawal itu sendiri seperti bulan ramadhan. Seperti yang kita tahu di bulan ramadhan terdapat kelebihannya tersendiri dimana tadarusnya, nuzul qurannya, bersahurnya, qiamnya serta lailatul qadarnya dan lain-lain. Tetapi kita ambil intima' atau tidak, sebenarnya di bulan syawal juga terdapat kelebihan dan fadilatnya jika kita lakukannya mengikut syariat Allah. Islam itu indah jika kita tahu dan amalkannya.. Bersederhanalah di hari raya itu lebih baik daripada membazir tidak tentu hala... Saya terus kepada perkara yang ingin saya kongsikan bersama sahabat sahabiah sekalian..


13 Perkara Sunat di Hari Raya

  1. Takbir, biasanya akan dilaungkan bermula malam raya. Tujuannya adalah untuk mengingatkan manusia kepada Allah supaya membesarkan dan mengagungkan Allah.
  2. Mandi Sunat Hari Raya, mandi sunat raya ini kebiasaanya dilakukan sebelum kita solat sunat hari raya. Jika raya jatuh pada hari jumaat seperti tahun ini, kita niat mandi sunat raya dahulu kemudian mandi sunat jumaat.
  3. Rapikan Badan, kita disunatkan merapikan badan seperti memotong kuku, misai, rapikan janggut dan lain-lain.
  4. Memakai pakaian yang terbaik, maksudnya bukan pakaian baru tetapi yang kemas, elok, sesuai dan paling penting pakaian yang menghampiri sunnah dan dibenarkan syara'.
  5. Makan sebelum melakukan solat sunat hari raya.
  6. Mengucapkan Tahniah, kerana telah membahagiakan hati mak ayah, kawan-kawan, jiran dan sebagainya..كل عام بخير وأنتم بخير
  7. Solat Sunat Aidilfitri, jika terlepas solat berjemaah kita boleh melakukannya sendiri kerana ia bukan rukun.
  8. Khutbah selepas solat sunat aidilfitri, Nabi pernah bersabda yang bermaksud "sekiranya selepas habis melakukan solat sunat aidilfitri, jika ingin bersurai, bersurailah tetapi jika ingin mendengar khutbah, maka dengarkanlah".
  9. Pergi & Balik mengikut jalan yang berbeza, hikmah disebaliknya supaya kita bertembung dengan ramai orang dan boleh bermaaf-maafan.
  10. Bersedekah, hadis nabi bermaksud solat sunat dua rakaat, kemudian mendengar khutbah dan bersedekah. Yang paling banyak pahala bersedekah bulan syawal adalah wanita, kerana wanita paling senang untuk memberi duit raya kepada anak-anak.
  11. Ziarah ke rumah sanak saudara, sahabat handai, jiran dan lainnya.
  12. Anak Yatim, lawat mereka dan berilah kasih sayang pada mereka.
  13. Puasa Enam, Allah menjanjikan pahala seetahun seumpama kita berpuasa selama setahun bagi siapa yang melakukan puasa enam.

Saya harap dengan informasi yang sedikit ini dapat membantu kita untuk menambahkan amalan kita di bulan syawal, bulan kemenangan umat islam setelah berjaya berpuasa selama sebulan.
Akhirnya sama-sama kita berharap dan berazam sungguh-sungguh semoga kemenangan di bulan ini kita jadikan asas untuk kita menapak lebih jauh menuju keredhaan dan kerahmatan Allahsehiggalah kita meninggalkan alam fana ini. Aminn....

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINAL A'IDIL WAL FA'IZIN" kepada semua umat islam. Jadikan Syawal sebagai bulan MUHASABAH insyaallah.. Allahuakbar!!


MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH
MUJAHIDAH ISLAM

No comments:

Post a Comment