Tuesday, September 28, 2010

30 pesanan Imam Syafie

  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
  5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan di cintai Allah.
  6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  8. Berbuat baik dan tunjukkan bukti kepada iu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begiu sepanjang hayat mmereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan ke atas dosa-dosa kamu.
  9. Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding da perisai orang mu'min dan pelindung daripada serangan iblis.
  10. Taqwa adalah pakaian kesabaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
  11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan ysng cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu di bajai dengan lima perkara : ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusilaataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
  12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
  13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuknya secara batin adalah khusyuknya pilihan disisi Allah.
  14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haqyang tidak berbelah bagi.
  15. Sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucap "A'uzubillahi minassyaithonirrojim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
  16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat pada diri kamu sendiri.
  17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkanlah supaya empayar kerajaan dirimu tegak diatas al-haq yang tdak disertai oleh iringan pasukan kebatilan.
  18. Ketahuilah istighfar yang betul mampu membuatkan syaitan lari ketakutan dan mengoncang empayar iblis di istana kerajaan.
  19. Sebesar-besar kesenangan didunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang  lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meniggikan darjatnya disisi manusia.
  20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasat dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya di siang hari.
  21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para nabi, asul dan orang soleh.
  22. Siapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut : kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
  24. Siapa yang menjalin ukhuwahdan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
  25. Allah menjanjikan pada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
  26. Allah menjanjikan pada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allahseperti dalam surah ar-rom:47 yang bermaksud "Dan adalah menjadi hak(t/jawab) kami untuk menolong orang yang beriman".
  27. Allah menjanjikan pada orang yang beriman dan bertaqwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataanya dalam surah baqarah: 257 yang bermaksud "Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman". 
  28. Allah menjanjikan pada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana penyertaan dalam surah al-hajj : 38 yang bermaksud "Allah membela orang yang beriman".
  29. Allah menjanjikan pada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-hajj : 54 yang bermaksud "Allah akan beri petunjuk pada orang yang beriman kepada jalan yang lurus(benar)".
  30. Allah menjanjikan pada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Alla sebagaimana pernyataan dalam surah al-a'raf : 96 yang bermaksud "sekiranya penduduk kota beriman dan bertaqwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka".
Rujukan : - Novel Sejarah Islam [Imam Syafie - Pejuang Kebenaran]


MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH
MUJHIDAH ISLAM

No comments:

Post a Comment