Wednesday, August 25, 2010

Nuzul Quran

Apa kaitan Nuzul Quran + Ramadhan + Wahyu???




Saya rasa semua pasti tahu akan kaitannya kerana Allah menjadikan manusia semua berakal dan boleh berfikir. Persoalannya sekarang, adakah semua tahu tentang itu? Mahasiswa/i, pelajar sekolah, ibu bapa, masyarakat sekeliling. Saya tidak rasa semua tahu, ini kerana apabila sebut sahaja bulan ramadhan apa yang terbayang difikiran ialah kuih raya, baju raya, tudung raya, songkok raya, kasut raya, langsir raya.... semuayna raya.. tahu tak disebalik bulan ramadhan terdapat banyak kisah yang kita dah tahu @ belajar tapi tak ingat. Sebabnya kita tidak menghidupkan ramadhan tu sendiri.

Dalam bulan ramadhan banyak peristiwa yang berlaku antaranya:
  • Perang Badar (17 Ramadhan 2H) + Nuzul Quran (17 Ramadhan/6 ogos 610M)
  • Persiapan Khandaq (Ramadhan 6H)
  • Pembukaan Kota Mekah (20 Ramadhan 20H)
  • Perang Tabuk-rome (9 Ramadhan)
  • Perang Qadhinisiyyah-parsi (9 Rmadhan 636M)
  •   Fathul Andalus (9 Ramadhan 711M)
  • Perang Hittin-jerusalem (Ramadhan 1187M)
  • Perang Ain Jalut (15 Ramadhan 1260M)
  • Perang Bar Lev, arab-israil (10 Ramadhan 1973M)
Tetapi bukan itu yang nak saya ceritakan, diatas sekadar hanya peringatan semua. Ramadhan adalah bulan untuk memperkasa minda dan tubuh badan.

Nuzul Quran berlaku adalah berdasarkan wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Rasulullah s.a.w di gua hira' ketika Rasulullah s.a.w sedang berkhalwat mencari ketenangan. Dimana Rasulullah s.a.w telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s yang membawa perintah dari Allah.

Pada ketika itu beliau diangkat sebagai Nabi akhir zaman nabi kita Muhammad.  Seperti yang telah ditulis diatas, kisah ini berlaku pada 17 Ramadhan / 6 ogos 610M di gua hira'. Pada ketika itu umur nabi mencapai 40 tahun.  

Perakuan Nabi pada para sahabatnya :"Pada mulanya aku didatangi satu malaikat dan berkata kepadaku:"Bacalah". Aku menjawab: "Aku tidak dapat membaca". Kemudian malaikat itu mendakapku dengan kuat sehingga aku tidak berdaya dan ketika aku dilepaskan, malaikat itu bertayakan kepadaku:"Bacalah". Aku jawab:"Aku tidak dapat menbaca". Kemudian malaikat itu mendakapku dengan lebih kuat sehingga aku tidak kuasa meronta dan ketika aku dilepaskan, dia berkata:"Bacalah".ku jawab:"Aku tidak dapat menbaca". Kemudian malaikat itu mendakapku untuk ketiga kalinya sehingga aku tidak kuasa lagi, barulah aku dilepaskan dan diperintahkan untuk membaca apa yang dibaca:"Iqra' Bismirabbikal lazii khalaq. Khalaqal insana min 'alaq. Iqra' Warabbukal akramul lazii allama bilqalam. Allamal Insaana maalam ya'lam." 
(al-alaq:1-5).

Pada hari itu adalah hari pengangkatan Muhammad menjadi Nabi akhir zaman dan pada ketika itu juga adalah hari pertama turunnya Al-Quran.

Inilah yang saya nak kongsikan bersama sahabat-sahabat, harap dapat ikhtibar dan manfaat untuk kita semua.

*Saya menyeru kepada semua, sementara baki ramadhan ini masih ada marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita ke arah yang lebih manfaat dalam ilmunya, amalannya, ibadahnya dan setiap perkara yang kita lakukan memberi manfaat pada orang disekeliling kita. INSYAALLAH..

MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH
MUJAHIDAH ISLAM

No comments:

Post a Comment