Thursday, August 5, 2010

Akhirnya Blog ku tercipta

Alhamdulillah.. Akhirnya siap juga blog ku....

Perkara pertama yang ingin ku postkan ialah berkaitan keseriusan dalam memilih pemimpin.. tidak kira pemilihan pemimpin dalam persatuan, ketua rumah, dan paling penting pemimpin negara. pernahkah kalian memikirkan perkara ini???  


Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)"
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)


Berdasarkan hadis berikut boleh kita simpulkan bahawa tugas seorang pemimpin itu sangat berat dan tidak mudah. Apatah lagi untuk memimpin ahli-ahlinya(persatuan) kearah kebaikan untuk mengikuti program yang bakal di buat dan dirancang, lebih-lebih lagi untuk ISLAM. Adakah semudah itu??? Lagi dalil....


Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Satu perkara yang kita lupa dalam membuat pemilihan, adakah kita bermusyawarah(syura) dalam memilih pemimpin kita??? perkara penting yang Rasulullah s.a.w buat tetapi kita umatnya hanya tahu tetapi tida amalkan apa yang Rasululla s.a.w buat, Dalam Al-Quran juga menyatakan kebaikan syura :

 ... dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuaratuntuk berbuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allahmengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali-Imran 3:159)



Kesimpulannya, pada hari ini kita dapati banyak urusan sama ada pentadbiran atau perjawatan atau kepimpinan itu sendiri telah diserahkan atau dilantik daripada kalangan bukan ahlinya. Bukan ahli di sini merangkumi tidak berkelayakan sama ada dari sudut keperibadian, perwatakan, keagamaan atau keilmuan. Apatah lagi dalam sesebuah masyarakat yang mana orang yang layak diketepikan manakala orang yang tidak bertanggungjawab dilantik maka di sana pastinya akan berlaku banyak penyelewengan sama ada dari sudut kuasa atau harta atau keagamaan atau pentadbiran. Justeru itulah banyak kita dapati dalam kes pemimpin yang tidak berkelayakan dan tidak amanah maka berlakulah rasuah, kezaliman, rampasan kuasa, skandal seks dan sebagainya. Yang mana semua itu terkandung dalam erti kata al-sa’ah iaitu kehancuran.

Disebabkan jawatan pemimpin itu satu amanah rakyat dan besar tanggungjawabnya, maka Nabi s.a.w membawa ancaman sekiranya perlantikan pemimpin itu bukan dari kalangan orang yang betul-betul layak, maka tunggu sajalah saat kehancuran.

MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH

Mujahidah Islam

No comments:

Post a Comment